JOHOR BAHRU – Tular satu video memaparkan seekor kerbau bertindak agresif sehingga menanduk seorang lelaki dalam kejadian dipercayai di Ulu Tiram semalam.
Menerusi video berdurasi kira-kira 40 saat itu, kerbau berwarna hitam berkenaan dilihat mengamuk sebelum menyerang seorang lelaki yang berada di kawasan tersebut.
Mangsa kemudian dilihat sempat bangun selepas ditanduk namun difahamkan mengalami kecederaan akibat kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.-KOSMO! ONLINE














