fbpx

Pengarah bakal didakwa bagi projek RM1.7juta kepada saudaranya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Sesyen Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang pengarah anak syarikat kerajaan negeri bakal didakwa salah guna kuasa melantik syarikat milik saudaranya untuk projek perisian bernilai RM 1.7 juta di Mahkamah Sesyen di sini, esok.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kira-kira jam 2.20 petang hari ini.

Katanya, suspek merupakan Pengarah Pembangunan Perniagaan sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

“Suspek dipercayai terlibat secara langsung dalam pelantikan sebuah syarikat milik saudaranya yang dibuat secara lantikan terus.

“Ini bagi mengendalikan projek perisian bernilai kira-kira RM1.7juta pada Mac 2020,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Suspek dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok,” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI