fbpx

Paparan makan makanan bekas kunyahan teman lelaki buatkan netizen geli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang gadis makan makanan bekas kunyahan teman lelakinya. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita hanya ingin makan makanan yang terlebih dahulu dikunyah oleh teman lelakinya sebagai bukti cinta mereka, lapor laman berita Suara.com. 

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @video_medsos.

Rakaman menunjukkan sepasang kekasih duduk bersebelahan dengan makanan dihidangkan di hadapan mereka.

Lelaki itu meniup makanan itu perlahan-lahan sebelum cuba menyuapnya ke mulut teman wanitanya tetapi ditolak.

Dia kemudian mengunyah makanan itu lalu memuntahkannya kembali. Setelah itu, dia menyuapnya ke mulut teman wanitanya.

Aksi itu membuatkan netizen beranggapan ia menjijikkan dan mendapat perhatian di ruangan komen.

“Mungkin gadis itu tiada gigi, semua giginya luruh,” kata seorang netizen.

“Nak muntah bila tengok,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI