fbpx

JIM buru lelaki warga Pakistan bantu kes pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raza dicari JIM bagi membantu siasatan kes.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang awam mengesan seorang lelaki warga Pakistan bagi membantu satu kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/1963.

JIM menerusi satu kenyataan berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Raza Javed, 57, dengan nombor pasport JC9892172 serta beralamat terakhir di No.12, Jalan Mesra Utama 2A, Taman Mesra Utama, Kajang, Selangor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI), Manab.

“Manab boleh dihubungi menerusi talian 03-88801338 atau 03-88801330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI