fbpx

Aktivis India protes pembebasan 11 perogol Bilkis Bano

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTIVIS mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan yang menyokong Bilkis Bano di Kolkata pada 24 Ogos lalu. – AFP

NEW DELHI – Kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan memenuhi beberapa kawasan di seluruh India bagi membantah keputusan kerajaan kerana membebaskan 11 lelaki yang dipenjarakan seumur hidup selepas didapati memperkosa seorang wanita beragama Islam, Bilkis Bano, secara berkumpulan.

Menurut Badan Penyiaran British (BBC), dalam kejadian ketika insiden rusuhan anti-Islam negeri Gujarat pada 2002 itu, seramai 14 ahli keluarga Bilkis turut dibunuh kumpulan penjenayah berkenaan.

Mereka yang sepatutnya menjalani hukuman penjara seumur hidup bagaimanapun dibebaskan selepas 15 tahun ditahan.

Keputusan untuk membebaskan kesemua perogol itu pada 15 Ogos lalu diumumkan kerajaan negeri Gujarat ketika India menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-75.

Dalam tunjuk perasaan tersebut, peserta lelaki dan wanita melaung slogan yang mendesak kerajaan agar menarik semula keputusan membebaskan kesemua pesalah itu.

“Apa yang telah berlaku kepada Bilkis Bano dan keluarganya menunjukkan bahawa kita tidak boleh hanya berdiri dan menyaksikan keadaan seperti ini berlaku di negara kita.

“Disebabkan itu, kami berkumpul bersama-sama untuk melaungkan suara kami,” kata pelakon dan aktivis hak wanita, Shabana Azmi kepada agensi berita AFP.

Sementara itu, lebih 100 pesara kakitangan awam menulis surat kepada Ketua Hakim India dan menegaskan bahawa pembebasan semua perogol itu akan memberi kesan menakutkan kepada keselamatan semua wanita.

Dalam pada itu, ketika dibebaskan baru-baru ini, 11 banduan tersebut dirakam berdiri di luar penjara Godhra sambil saudara-mara mereka memberikan manisan dan menyentuh kaki mereka sebagai tanda hormat selain dilayan seperti ‘wira’.

Ia menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang ramai di India dan dikritik oleh parti-parti pembangkang, aktivis dan wartawan yang menyifatkan pembebasan itu sebagai mendiskriminasi penganut Islam di negara itu.

Dalam pada itu, Bilkis menggelar pembebasan kesemua lelaki tersebut sebagai tidak adil dan menurutnya, ia telah menghapuskan kepercayaannya terhadap sistem kehakiman negara. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI