fbpx

4 negeri hujan sepanjang Hari Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia melewati kawasan Dataran Merdeka dalam sesi raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2022 dalam tinjauan di Dataran Merdeka di sini, hari ini. /FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan laporan cuaca sempena sambutan Hari Kebangsaan sebagai persediaan orang awam merancang perjalanan pada hari tersebut.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, hujan sepanjang hari dijangka berlaku di Selangor, Johor, Sabah, dan Sarawak pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini.

“Bagi sebelah pagi, hujan beberapa kawasan diramalkan berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Bahagian Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri & Limbang), Sabah dan WP Labuan.

“Bagi sebelah petang pula, hujan di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diikuti Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Tambahnya, pada sebelah malam, cuaca buruk diramal melanda Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sarawak (Bahagian Kapit, Miri & Limbang), Sabah dan WP Labuan.

“Tempat-tempat lain yang tidak dinyatakan mengikut waktu dikeluarkan dijangka alami cuaca baik dan cerah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI