fbpx

Wow! Fesyen ‘apo’ ni? Hattan tegur fesyen tak sensitif agama, budaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HATTAN turut mengkritik gaya pereka fesyen Behati.

PETALING JAYA – Terkenal sebagai penyanyi yang lantang bersuara tentang kepincangan masyarakat, Datuk Hattan tampil menzahirkan rasa kurang senang terhadap gaya  pereka fesyen jenama Behati, Kel Wen apabila tampil dalam keadaan bersongkok, berseluar pendek dan berjaket labuh tetapi memperlihatkan badan tanpa baju dalam acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) minggu lalu.

Hattan atau nama lengkapnya Mohd. Shukri Shahabudin menganggap fesyen yang digayakan Kel Wen kurang manis, selain tidak menjaga sensitiviti masyarakat di Malaysia.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan kemerdekaan. Bulan merdeka semua negeri meraikannya.

“Tetapi walaupun sudah merdeka, ada kebebasan, janganlah terlebih merdeka pula kreativiti itu. Contohnya baru-baru ini ada minggu fesyen (KLFW2022). Apo (apa) pula tak berbaju, pakai seluar pendek lepas itu bersongkok?” ujarnya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram.

Kata pelantun lagu Rendang Tak Berbuah itu lagi, dia meminta agar pereka fesyen berkenaan lebih berhati-hati dalam berfesyen demi menjaga sensitiviti budaya dan masyarakat lain di Malaysia.

“Janganlah macam tu. Kena tahu jaga sensitiviti budaya dan bangsa. Lain kali berhati-hati kalau mahu berbaju.

“Tidak salah untuk mempamerkan kreativiti asalkan tidak menyentuh sensitivity mana-mana pihak,” ujarnya.

Pada KLFW2022 yang berlangsung di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur pada minggu lalu, Kel Wen dilihat tampil dengan memakai songkok, jaket tanpa memakai baju dan berseluar pendek sehingga dituduh seolah-olah mempersendakan agama Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI