fbpx

Ukraine edar pil iodin kepada penduduk sekitar loji Zaporizhzhia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tablet iodin digunakan dalam kecemasan nuklear untuk membantu melindungi tiroid. - Boomberg

KIEV – Pihak berkuasa Ukraine mula mengedarkan tablet iodin kepada penduduk berhampiran loji tenaga nuklear terbesar Eropah kelmarin  sebagai langkah berjaga-jaga berhubung  kemungkinan berlakunya kebocoran bahan radioaktif, lapor stesen penyiaran NBC.

Langkah itu dilaksanakan sehari selepas loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia diputuskan daripada grid elektrik di negara itu, kali pertama  dalam tempoh 40 tahun.

Perkembangan itu meningkatkan kebimbangan bencana nuklear akan berlaku  lagi di Ukraine ketika negara itu masih dihantui  tragedi bencana nuklear Chernobyl pada 1986.

Pil itu diedarkan kepada penduduk yang tinggal dalam radius 50 kilometer dari loji  nuklear  di Enerhodar, Volodymyr Marchuk, demikian menurut jurucakap Pentadbiran Tentera Wilayah Zaporizhzhia.

Penerima telah diberitahu untuk tidak mengambilnya segera sebagai langkah pencegahan namun minta disimpan untuk kegunaan masa depan.

Kerajaan akan mengarahkan orang ramai untuk memakan tablet itu jika kebocoran kimia benar-benar berlaku.

Dalam siaran berasingan di saluran Telegram, Datuk Bandar Enerhodar, Dmytro Orlov berkata bahawa 25,000 tablet dihantar ke bandar selatan dari rizab wilayah.

Beliau tidak menyatakan sama ada ia akan diedarkan tetapi beliau menegaskan tahap sinaran di loji dan kawasan sekitarnya adalah normal buat masa ini.

Tablet kalium iodin boleh menyekat satu jenis bahan radioaktif dan digunakan dalam kecemasan nuklear untuk membantu melindungi tiroid.

Terdahulu, syarikat nuklear Ukraine, Energoatom berkata,  loji itu sedang dikuasakan dengan selamat sehari selepas ia diputuskan daripada grid kuasa nasional. 

Tiada masalah dengan jentera atau sistem keselamatan loji itu,  demikian menurut syarikat tersebut.

Ia kemudiannya diumumkan bahawa loji itu telah disambungkan semula ke grid kuasa Ukraine dan menghasilkan tenaga elektrik untuk memenuhi keperluan negara.

Loji nuklear itu  diduduki oleh tentera Rusia dan dikendalikan oleh pekerja Ukraine sejak permulaan perang enam bulan lalu dengan  kedua-dua belah pihak saling menuduh pihak satu lagi membedil tapak tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI