fbpx
MAHLIGAI yang dibina selama bertahun-tahun boleh musnah angkara sikap wanita yang curang dan bosan dengan pasangan masing-masing. – Gambar hiasan

Suami pak turut punca isteri cari kekasih gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Sikap suami yang mengikut sahaja rentak pasangan dan suka mengalah sekiranya berdepan konflik dikatakan antara punca wanita bosan dan mencari cinta baharu yang lebih ‘mencabar’.

Situasi berkenaan dialami seorang arkitek dikenali Aiman, 43, yang memaklumkan sikap­nya yang terlalu percayakan pasa­ngan antara asbab utama iste­rinya mula hambar dalam hubungan.

Katanya, sikapnya yang baik hati itu rupa-rupanya tidak di­sukai suri hatinya kerana tiada cabaran dalam perhubungan.

“Saya mula perasan isteri berubah sikap apabila dia tidak segan silu meluahkan isi hatinya di laman sosial Facebook dan status WhatsApp mengenai perhubungan mereka.

“Malah, isteri juga beritahu bahawa dia sudah bosan dengan saya yang langsung tidak pernah me­ninggikan suara dan membantah sebaliknya mengikut sahaja kemahuannya,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Cerita Aiman, kemewahan yang diberikan kepada isteri termasuk kad kredit dikatakan punca keretakan rumah tangganya.

“Saya cuma mahukan rumah tangga yang bahagia, tetapi dia curang di belakang. Dia sanggup luah semua perasaannya kepada kekasih gelapnya yang dipercayai seorang duda yang juga rakan zaman sekolahnya dahulu.

“Mereka dikatakan bertemu semula di laman Facebook awal tahun ini dan menjadi bertambah rapat,” jelasnya.

Aiman memberitahu, dia tidak mahu sesekali melafazkan perpisahan dan masih kekal me­nyayangi hubungan rumah tangga yang dibina hampir 15 tahun.

“Sepanjang berkahwin, memang kami tidak pernah bergaduh besar sebab saya yang suka mengalah dan cepat tenangkan diri.

“Saya pasti dan percaya, dia akan mendapat petunjuk suatu hari nanti dan kembali berubah seperti sedia kala,” ujarnya pernah mendapatkan khidmat kaunseling.

Berita berkaitan: Semakin ramai isteri kesepian berlaku curang

Sementara itu, seorang duda yang merupakan eksekutif perakaunan dari sebuah syarikat swasta, dikenali Ashraf, 46, pula memberitahu, keretakkan hubungan rumah tangga yang dibina hampir 20 tahun berpunca daripada sikap bekas isteri yang curang.

“Dia (bekas isteri) dilihat mula berubah sejak bergiat aktif dalam aktiviti kecergasan termasuk tarian zumba sebelum kami mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing tahun lalu.

“Dia sentiasa dengan telefon bimbit tidak kira masa termasuk ketika memasak, mengemas rumah sehinggalah tidur pun de­ngan telefon di sisi.

“Rahsianya terbongkar selepas saya terdengar perbualan telefon antara dia dengan seorang lelaki ketika berada di dalam tandas. Ketika itu, hubu­ngan kami mula menjadi goyah sehinggalah ma­sing-masing membuat keputusan berpisah secara baik di pejabat agama,” tambahnya.

Semalam, akhbar Kosmo! mendedahkan kes-kes melibatkan isteri curang bersama suami orang atau lelaki bujang semakin meningkat sehingga ada yang tanpa segan silu menunjukkan perbuatan tersebut secara terang-terangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN