fbpx

Cantiknya, Amelia Henderson macam patung Barbie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECANTIKAN Amelia Henderson yang semakin menawan menambat hati peminat.

SEJAK akhir-akhir ini, memang kerap foto milik Amelia Henderson muncul dalam garis masa (timeline) Instagram Diva.

Paling kerap semestinya sepanjang minggu fesyen yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.

Tidak boleh dinafikan lagi, aura dimiliki Amelia sejak kembali aktif dalam bidang lakonan memang lain macam.

Malah, dia juga dikatakan semakin jelita persis model antarabangsa!

“Amelia semakin cantik! Ini manusia atau patung?” komen netizen.

“Macam anak patung Barbie,” puji netizen.

Jangan terkejut kalau selepas ini Amelia berada di pentas peragaan antarabangsa pula nanti.

DIVA: Ramai pula penyanyi Indonesia akan buat konsert di Malaysia nanti. Selamat menabung ya semua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI