fbpx

Abdul Hadi Awang dipanggil ke Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkaitan isu rasuah yang berbaur perkauman.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, setakat ini, PDRM telah menerima sebanyak 28 laporan polis terhadap Ahli Parlimen Marang itu berhubung isu tersebut.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 505 (C) Kanan Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

“Selain itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Skandaguru berkata, siasatan masih dijalankan dan PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan kenyataan yang boleh menggangu proses siasatan.

“PDRM juga menyeru orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh menggugat keharmonian dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam sebarang cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI