fbpx

Korban Covid-19 2022 cecah satu juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar menghadiri acara menaikkan bendera sebelum menyanyikan lagu kebangsaan pada hari pertama kelas secara bersemuka selepas sekatan Covid-19 selama bertahun-tahun di Sekolah Rendah Pedro Guevara di Manila pada 22 Ogos lalu. - AFP

GENEVA, Switzerland – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan kelmarin bahawa sejuta orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 2022, menyebutnya sebagai ‘pencapaian tragis’ sedangkan semua peralatan wujud untuk mencegah kematian.

Hampir 6.45 juta kematian telah dilaporkan kepada WHO sejak virus itu mula dikesan di China pada akhir 2019.

Perkembangan itu mendorong ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus mempersoalkan sama ada dunia benar-benar sudah berjaya mengawal pandemik Covid-19.

“Minggu ini, kita melepasi ‘pencapaian’ tragis sejuta kematian yang dilaporkan setakat tahun ini.

“Kita tidak boleh mengatakan bahawa kita sedang belajar untuk hidup dengan Covid-19 sedangkan satu juta orang meninggal dunia akibat koronavirus pada tahun ini sahaja. Ia ketika kita sudah dua setengah tahun berdepan dengan pandemik dan mempunyai semua alat yang diperlukan untuk mencegahnya.

“Justeru, kami meminta semua kerajaan supaya menggiatkan usaha memberi vaksin kepada semua pekerja kesihatan, warga emas dan golongan berisiko tinggi lain bagi mencapai matlamat 70 peratus penduduk dunia mendapat perlindungan vaksin Covid-19,” katanya pada satu sidang akhbar.

Tedros sebelum ini mahu semua negara memvaksinasi 70 peratus populasi masing-masing menjelang akhir Jun lalu.

Bagaimanapun, sebanyak 136 negara gagal mencapai sasaran tersebut, di mana 66 negara masih mempunyai liputan vaksinasi bawah 40 peratus.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih daripada 593 juta kes Covid-19 telah dilaporkan kepada agensi Pertubuhan Kesihatan Sedunia setakat ini. Walaupun kadar ujian saringan menurun secara mendadak di banyak negara, kira-kira separuh daripada kes tersebut dilaporkan pada tahun ini.

Varian Omicron menyumbang 99 peratus daripada sampel virus yang dikumpul sejak 30 hari lalu dan telah dianalisis. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI