fbpx

Amil LZS maut ketika hendak solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa di lokasi kejadian.

SHAH ALAM- Seorang amil Lembaga Zakat Selangor (LZS) maut ketika ingin menunaikan solat Jumaat selepas dilanggar motosikal dalam kemalangan di Persiaran Akuatik, Seksyen 13, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.16 tengah hari, mangsa yang maut dikenali Muhammad Syahirul Anuar Razali, 30.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa terjatuh daripada motosikal ketika hendak memasuki simpang kanan di Persiaran Olahraga.

“Sebuah motosikal dari arah Persiaran Sukan gagal mengelak lalu melanggar mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejaduan oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, seorang lagi penunggang motosikal cedera selepas patah tulang di badan dan kaki.

Dalam pada itu, LZS dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berhampiran lokasi kejadian.

“Hanya beberapa meter sahaja sampai ke masjid untuk solat Jumaat. Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Syiro merupakan sahabat yang terlibat secara langsung dalam menguruskan bantuan kecemasan Covid-19 dan banjir besar akhir tahun lepas,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI