fbpx

Warna penyatuan kempen Gemilang Bersama Astro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN selebriti dan personaliti yang menyertai kempen Gemilang Bersama menerusi penglibatan dalam bahagian masing-masing seperti rancangan, dokumentari dan program menarik Astro. – AZRUL RAFIE (Astro)

SEMPENA meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Astro tampil menyajikan pelbagai kisah dan hiburan terhebat menerusi tayangan 150 buah program kegemaran terdiri daripada semua genre.

Hiburan, variasi, drama, fakta, filem, telefilem, filem pendek dan rancangan kanak-kanak menemui penonton menerusi saluran 100 termasuk tersedia untuk tontonan dalam aplikasi On Demand dan Astro GO.

Lebih menarik, semua tayangan tersebut diberi percuma untuk semua pelanggan Astro bermula 21 Ogos sehingga 18 September depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, sebagai jenama tempatan, Astro beraspirasi untuk menjadi suara kebaikan dengan membolehkan rakyat Malaysia mengambil bahagian membina negara menerusi kempen Gemilang Bersama.

PROGRAM Chit Chat Ceria memaparkan bagaimana golongan kanak-kanak melihat Malaysia menerusi interaksi bersama hos Sissy Imann (dua dari kiri) dan Alif Satar.

“Rakyat boleh meraikan kisah dan hiburan terbaik menerusi Gemilang Saluran 100. Kami di Astro berharap dapat memberi inspirasi kepada negara untuk bersatu dan kekal teguh.

“Kami visualkannya menerusi tangan-tangan yang mewakili kepelbagaian kaum, pada masa sama disulami warna-warna kebangsaan. Biru, merah, putih dan kuning. Inilah nilai menyatukan rakyat Malaysia sejak lahirnya negara kita,” katanya.

Sempena kempen Gemilang Bersama, banyak program terbaik disajikan buat penonton antaranya All Together Now Malaysia Merdeka Special yang memaparkan selebriti tersohor negara terdiri daripada pelbagai kaum dan generasi merebut trofi khas All Together Now Merdeka.

Tidak ketinggalan, Satu Tong yang dibintangi Andy Teh, Elizabeth Tan dan Shah Iskandar mengisahkan masalah sering dialami rakyat termasuk gangguan bekalan air.

Selain hiburan, penonton turut diberi pilihan menyaksikan dokumentari istimewa Malaysia In Their Eyes dan The Conversationists oleh pengarah KC Chiu.

SEMPENA meraikan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan, Astro menyajikan lebih 150 buah program terbaik dari pelbagai genre seperti hiburan, sukan, fakta dan variasi.

Segmen sukan turut mengambil bahagian dengan menayangkan naskhah 270 min Ke Piala Asia, sebuah dokumentari merakam perjalanan pasukan bola sepak negara melayakkan diri ke Piala Asia AFC 2023 buat pertama kali dalam tempoh 42 tahun.

Sempena bulan kemerdekaan juga turut ditayangkan The Making of Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang akan mula menemui penonton di pawagam tempatan pada 25 Ogos (hari ini).

Selain itu, saksikan juga banyak lagi rancangan menarik seperti filem hebat Ola Bola, Hantu Kak Limah, The Journey, The Garden of Evening Mists, Paskal, Polis Evo 1 & 2 dan Boboiboy The Movie 2.

Selain rancangan televisyen, Gemilang Bersama menerusi Astro Radio turut menganjurkan pelbagai program menarik termasuk memutarkan lebih banyak lagu tempatan di seluruh 11 stesen radio serta aplikasi SYOK.

Personaliti Era FM pula akan menyertai perarakan Hari Kebangsaan di sekitar lokasi ikonik di ibu negara dengan menaiki bas hop-on-hop-off.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI