fbpx

Untung Matrix Concepts naik 51.6 % suku pertama 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Haslah (dua dari kanan) melihat replika projek hartanah Matrix yang ditawarkan Kumpulan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) memulakan tahun kewa­ngan 2023 dengan langkah kanan setelah merekodkan pertumbuhan keuntungan selepas cukai (PAT) berjumlah RM46.2 juta bagi suku tahun pertama berakhir 30 Jun 2022, 51.6 peratus lebih tinggi berbanding RM30.5 juta tahun sebelumnya.

Perolehan turut meningkat sebanyak 40.3 peratus kepada RM229.3 juta, daripada RM163.4 juta tahun lalu.

Prestasi itu didorong sumba­ngan pendapatan lebih baik daripada hartanah kediaman dan komersial Kumpulan, terutama­nya pembangunan di Sendayan, selain jualan hartanah perindustrian di Sendayan TechValley.

Tiga projek kediaman terbaharunya di Sendayan yang dilancarkan suku berkenaan iaitu Aluna @ Nusari Aman, Lyra @ Bayu Sutera, dan Celia @ Tiara Sendayan dengan jumlah nilai pembangunan kasar RM281.7 juta turut mendapat sambutan dengan purata kadar pengambilan 99 peratus setakat 31 Julai 2022.

Kumpulan mengisytiharkan dividen interim pertama seba­nyak tiga sen sesaham untuk tahun kewangan 2023 dengan nilai keseluruhan RM25 juta, mewakili 54.2 peratus daripada PAT bagi suku tahun pertama 2023.

Pengerusinya, Datuk Moha­mad Haslah Mohamad Amin berkata, dalam iklim tidak menentu kini, pihaknya memberi penekanan lebih besar untuk menyediakan pelanggan cada­ngan nilai kukuh dengan penawaran pelbagai pakej pemilikan rumah pada harga berpatutan.

“Peningkatan menyeluruh dalam suku pertama tahun kewangan semasa menunjukkan prospek pertumbuhan positif, walaupun daripada asas rendah suku pertama tahun kewa­ngan 2022 terjejas akibat pandemik.

“Kami berjaya kurangkan kesan kekurangan bahan mentah dan gangguan rantaian bekalan dalam proses mempercepatkan pengambilan pekerja ­asing untuk menyelesaikan cabaran itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau,  Kumpulan menyusun pelancaran projek lebih RM1.5 bilion pada tahun kewangan 2023 merentasi daerah Seremban, negeri Johor dan Lembah Klang,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI