fbpx

Lima atlet rebut Anugerah Atlet Terbaik SAM 2020/2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAIB Presiden SAM, Mohd. Hazreen Nor Mubarak (kiri) memegang Anugerah Siebel yang menjadi rebutan penulis-penulis sukan sambil diperhatikan Norismadi (tengah) dan Pengarah Perhubungan Kerajaan Industri dan Hal Ehwal Halal F&N Holding Berhad, Datuk Raffiq MD Ariff.

PETALING JAYA – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang sekali lagi tercalon untuk merebut anugerah atlet terbaik pada Anugerah 100 Plus Perpaduan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2020/2021.

Pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Atlet Terbaik sewaktu Anugerah SAM 2019.

Kali ini, Azizulhasni bakal dicabar pemain perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia dan ratu terjun, Datuk Pandelela Rinon yang dilihat antara nama berpotensi untuk memenangi anugerah yang akan diadakan pada 6 September ini.

Dua lagi calon yang tersenarai untuk anugerah tersebut ialah pemenang pingat gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan jaguh Muay Thai kebangsaan, Rifdean Masdor.

NORISMADI

Presiden SAM, Norismadi Abd. Manap turut memaklumkan empat nama disenarai pendek untuk memenangi kategori Atlet Paralimpik Terbaik iaitu Datuk Abdul Latif Romly (olahraga), Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting), Cheah Liek Hou (badminton) dan Chew Wei Lun (boccia).

Dalam masa sama, beliau menyifatkan anugerah kali ini dijangka lebih menarik kerana buat julung kalinya menggabungkan dua edisi bagi tahun 2020 dan 2021 selepas penganjurannya ditunda selama setahun kerana wabak Covid-19.

“Hampir 200 penyertaan diterima bagi anugerah kali ini dengan 17 anugerah kewartawanan bakal diberikan iaitu lapan kategori masing-masing bagi tahun 2020 dan 2021 serta satu penghargaan tertinggi iaitu Anugerah Siebel.

TROFI tiga anugerah utama menjadi tumpuan pada Anugerah 100 Plus Perpaduan Persatuan SAM 2020/2021 yang akan berlangsung pada 6 September ini.

“Turut diperkenalkan tahun ini adalah dua kategori baharu iaitu anugerah kewartawanan sukan perpaduan dan foto perpaduan.

“Kategori anugerah perpaduan iaitu kerjasama antara SAM dan Kementerian Perpaduan diwujudkan kerana secara tak langsung dapat membantu rakyat Malaysia menyedari elemen perpaduan dalam sukan,” katanya pada sidang akhbar di Hilton Petaling Jaya hari ini.

Anugerah yang bakal diadakan bulan depan itu bakal dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI