fbpx

Lebih 100 NGO hantar reforandum kepada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Mohammad Imran menunjukkan reforandum yang diberi kepada Agong.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghantar reforandum pengampuman Diraja buat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Mohammad Imran S. N. Syed Abdul Aziz berkata, selain memohon pengampunan Diraja, beliau juga memohon Ketua Peguam Negara dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menghadap Yang Dipertuan Agong.

“Saya menghantar satu reforandum kepada Agong dengan tuntutan pertama adalah pengampunan Diraja serta-merta kepada Najib.

“Keduanya kami memohon Ketua Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua SPRM, Datuk Seri Azam Baki untuk menghadap Baginda memberi bukti kes konflik berkepentingan membabitkan Hakim, Nazlan Ghazali,” katanya kepada pemberita di hadapan pintu 3 Istana Negara di sini hari ini.

Tambahnya, beliau tidak menyoal bidang kehakiman namun jika wujud ‘conflict of interest ‘ mengapa tidak dikemukakan bukti tersebut di Mahkamah.

Selain itu, beliau memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menghadap Seri Paduka Baginda dan memohon pengampunan Diraja buat bekas Perdana Menteri itu.

“Perdana Menteri harus memberi satu surat kepada Agong untuk pengampunan Diraja buat Datuk Seri Najib.

“Pengampunan Diraja perlu menerusi permohonan Perdana Menteri, kalau Perdana Menteri orang Barisan Nasional (BN) maka lakukannya, kita kena tolong BN,” jelasnya.

Katanya, beliau tidak mengugut Perdana Menteri untuk memohon pengampunan itu namun hanya meminta bagi menolong ahli parti itu.

Beliau juga turut mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Perdana Menteri supaya bertindak segera memohon campur tangan Agong membebaskan Najib dan jika perkara itu gagal dituruti UMNO wajar menarik sokongan kepada kerajaan pimpinan Ismail Sabri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI