fbpx

Buruh ditahan minta wang perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Tindakan seorang buruh melakukan pemerasan bagi mendapatkan wang perlindungan di sebuah kedai runcit sekitar Pandan Perdana mengundang padah selepas dia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pada Ahad lalu kira-kira pukul 6 petang.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh berusia 41 tahun itu telah datang ke kedai berkenaan dan meminta seorang lelaki yang juga pemilik kedai berusia 64 tahun untuk membayar wang perlindungan sebanyak RM100.

“Suspek turut mengugut akan merosakkan barangan kedai milik mangsa selain menendang barangan di kedai itu serta menggertak akan memukul mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya berjaya menahan suspek kira-kira pukul 12.05 tengah malam semalam di sekitar Pandan Perdana.

“Kita turut merampas sebuah telefon bimbit untuk membantu siasatan dan semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Suspek direman empat hari bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI