fbpx

Bomba selamatkan lelaki, tanggalkan cincin daripada alat sulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cincin tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan dari alat sulit lelaki berkenaan. – Berita Jatim

JAKARTA – Seorang lelaki di Sidoarjo, wilayah Jawa Timur berdepan  detik cemas apabila gagal mengeluarkan cincin yang dimasukkan pada alat sulitnya, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Pasukan Penyelamat Agensi Pengurusan Bencana Serantau (BPBD) Sidoarjo menerima panggilan kecemasan  dan sejurus tiba, mereka mendapati mangsa sedang mengerang kesakitan kerana sebentuk cincin tersekat pada kemaluannya.

Ketua Balai Bomba BPBD Sidoarjo, Nawari berkata, selepas beberapa ketika cuba mengeluarkan cincin itu dengan penuh berhati-hati, ia akhirnya dapat dikeluarkan.

“Ya, benar kami ada menerima laporan tersebut dan mangsa telah diselamatkan.

“Cincin itu cuba dipakai pada alat sulit mangsa ketika dia sedang mandi,” katanya.

Sebelum ini, kes serupa turut berlaku di Blitar, juga dalam wilayah Jawa Timur pada Mac lalu apabila seorang pemuda pergi ke balai bomba setempat untuk meminta bantuan mengeluarkan sejenis logam pada alat sulitnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI