fbpx

[VIDEO] Mahkamah: Ratusan penyokong sambut ketibaan Najib Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketibaan Najib disambut ratusan penyokong dengan laungan ‘Hidup Bossku’

PUTRAJAYA – Ratusan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut ketibaan bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Persekutuan di sini bagi memberi sokongan kepada beliau dalam kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn. Bhd. hari ini.

Ketibaan Najib pada pukul 9.20 pagi itu yang menaiki kereta berwarna hitam disambut ratusan penyokong dengan laungan ‘Hidup Bossku’.

Keadaan menjadi tidak terkawal buat seketika apabila Najib turun daripada kenderaannya untuk melambai tangan kepada para penyokong.

Terdahulu, sebanyak enam buah bas membawa penyokong Najib dari Pekan, Pahang untuk memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Pada hari ini, sepatutnya dijadualkan penghujahan daripada pihak pembelaan, namun Hisyam minggu lalu memaklumkan beliau tidak akan berbuat demikian.

Najib kini merayu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Nasib beliau bakal ditentukan oleh lima lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ahad lalu, Najib melafazkan sumpah laknat bagi menafikan pembabitannya berhubung kes penyelewengan dana SRC dan tidak pernah mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana sebanyak RM42 juta itu, datangnya daripada syarikat itu secara langsung atau tidak, sehingga kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI