fbpx

Mahkamah: Panel rumuskan sabitan Najib selamat, tidak perlu diubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Persekutuan Putrajaya

PUTRAJAYA – Panel-panel Hakim Mahkamah Persekutuan merumuskan sabitan salah yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah betul selain mendapati pembelaan Najib gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan penghakiman, berkata Hakim Mohd. Nazlan sudah melakukan analisis yang mendalam terhadap bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan.

“Oleh itu, kami tidak boleh menyimpulkan bahawa mana-mana dapatan Mahkamah Tinggi, seperti yang dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan adalah songsang atau jelas salah sehingga memerlukan campur tangan rayuan. Kami bersetuju bahawa pembelaan perayu sememangnya tidak konsisten sehingga tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Dalam keadaan ini, dan selepas meneliti bukti, penghujahan dan rekod rayuan yang lain, kami mendapati aduan perayu seperti yang terkandung dalam petisyen rayuan ini tiada sebarang merit,” kata Tengku Maimun.

Selain Hakim Tengku Maimun panel lain yang turut bersidang bersama-sama panel lain yang turut yang mendengar prosiding hari ini ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Berhubung pembelaan, Tengku Maimun berkata, pembelaan Najib tidak pernah benar-benar mempertikaikan mengenai kemasukan dana SRC berjumlah RM42 juta seperti yang dipertuduhkan ke atasnya, dalam akaun bank peribadinya ketika kes itu dibicarakan.

Sebaliknya, Najib hanya mencabar elemen mens rea (niat jahat) bagi kesemua tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atasnya iaitu menafikan mengetahui bahawa dana itu adalah daripada SRC.

“Pada masa sama perayu menegaskan bahawa beliau telah diperangkap  dalam satu konspirasi yang dirancang oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (‘Jho Low); bekas Ketua Setiausaha Sulitnya Allahyarham Datuk Azlin Alias; dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil serta pegawai bank,” kata beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI