fbpx

Mahkamah: Najib kemuka permohonan Tengku Maimun tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan permohonan untuk memohon supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat untuk menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Pada prosiding yang bermula pukul 9.40 pagi hari ini, permohonan itu dikemukakan oleh Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Najib.

Dalam prosiding hari ini, selain Hakim Tengku Maimun, panel lain yang turut yang mendengar prosiding hari ini ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Pada waktu kini, Mahkamah Persekutuan sedang mendengar rayuan akhir Ahli Parlimen Pekan itu
untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd akan didengar Mahkamah Persekutuan di sini selama 10 hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dipenjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta.

Pada 8 Disember tahun lalu, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI