fbpx

[VIDEO] Mahkamah: Muhammad Shafee bantu permohonan Najib supaya Tengku Maimun tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Shafee (kanan) berjalan keluar selepas hadir ke perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara Najib berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini. FOTO FARIZ RUSADIO

PUTRAJAYA –  Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat kemunculan pada prosiding rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) di Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi.

Bekas peguam utama Najib itu hadir bagi membantu peguam Hisyam Teh Poh Teik bagi permohonan Najib yang memohon Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri.

Muhammad Shafee berkata, beliau dimaklumkan berhubung perkara itu pagi ini dan belum bersedia untuk berhujah.

Sementara itu. Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V. Sithambaram menyifatkan ia sebagai alasan untuk menangguhkan prosiding dan membantah permohonan itu.

Justeru beliau memohon prosiding ditangguhkan sehingga esok.

Walau bagaimanapun, Tengku Maimun menolak permohonan tersebut.

“Kamu boleh datang esok atau pada bila-bila masa. Jika semua selesai hari ini, tiada alasan untuk Muhammad Shafee datang esok. Tiada sesiapa akan berada di sini esok,” kata Tengku Maimun.

Terdahulu, pada prosiding sebelah pagi tadi, Najib mengemukakan notis usul memohon supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan akhir beliau di Mahkamah Persekutuan.

Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Hisyam yang mewakili Najib.

Selain Hakim Tengku Maimun, panel lain yang turut yang mendengar prosiding hari ini ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Prosiding kemudian bersambung.

Pada waktu kini, Mahkamah Persekutuan sedang mendengar rayuan akhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International yang bermula 15 Ogos hingga 26 Ogos ini.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas tujuh tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.

Pada 8 Disember 2021, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Utusan Digital (@utusanonline)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI