fbpx

Lelaki bogel ceroboh rumah penduduk didenda RM3,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

REMBAU – Seorang lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Rembau, di sini, hari ini, setelah mengaku bersalah menceroboh rumah penduduk di Kampung Minching Baru, Mei lalu.

Tertuduh, Mohd Effandi Abdul Rhasid, 36, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Majistret menjatuhkan hukuman denda tersebut dan sekiranya gagal bayar 10 bulan penjara.

Berdasarkan pertuduhan, pada 5 Mei lalu, kira-kira pukul 8.30 pagi di Kampung Minching Baru tertuduh telah didapati dengan sengaja menceroboh ke dalam rumah penduduk.

Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, pada tarikh kejadian, pengadu (penduduk) telah keluar rumah untuk ke surau pada pukul 6.15 pagi dan meninggalkan rumah dalam keadaan pintu utama tidak berkunci.

Selesai solat Subuh di surau, pengadu telah pulang ke rumah dan diberitahu anaknya terdapat seorang lelaki tidak dikenali berada di dalam bilik pengadu dalam keadaan bogel.

Pengadu telah bertanya kepada lelaki tersebut kenapa masuk ke dalam biliknya dan dia memberi alasan kerana ingin berjalan raya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI