fbpx

‘Kami ikhlas sokong Najib, tidak dibayar sesiapa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penyokong Najib setia berada di perkarangan Mahkamah Persekutuan untuk memberikan sokongan kepada beliau.

PUTRAJAYA – Dakwaan sesetengah pihak kononnya penyokong-penyokong Datuk Seri Najib Razak dibayar bagi menyokong bekas Perdana Menteri itu disifatkan sebagai tidak berasas dan berunsur fitnah.

Sebaliknya, sebahagian penyokong Najib yang berada di Mahkamah Persekutuan sejak pukul 8 pagi tadi menyifatkan kehadiran mereka sebagai ikhlas demi memberi sokongan kepada pemimpin berkenaan.

Seorang penyokong, Safinah Abdul Ghani, 62, berkata, kehadiran mereka yang sanggup datang dari Pahang adalah ikhlas serta tidak dibayar mana-mana individu seperti didakwa di media sosial.

“Kami sukarela, jadi siapa dakwa penyokong Najib dibayar memang salah. Kehadiran kami sebagai memberi sokongan untuk membalas jasa pernah diberikan beliau pada warga Felda.

“Jadi, saya menafikan sekeras-kerasnya kami dibayar, semuanya fitnah diciptakan individu tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Sementara itu, seorang lagi penyokong, Mahani Yahaya, 54, menjelaskan, dakwaan sesetengah pihak mengatakan mereka dibayar salah berikutan ada yang perlu keluarkan duit sendiri untuk ke Putrajaya.

“Ada penyokong yang perlu bayar RM50 untuk tambang bas, malah makan dan minum juga dibeli kami sendiri, macam mana ada orang kata penyokong Najib dibayar.

“Datuk Seri (Najib) jaga kami dengan baik di Felda, jadi ini tanda sokongan kami kepada beliau,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI