fbpx
Anwar Ibrahim.

Hukuman Najib, bukti kuasa rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah mengekalkan hukuman penjara dan denda kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini perlu dihormati dan sekali gus membuktikan bahawa rakyat mempunyai kuasa.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada 2018 rakyat telah membuktikan kuasa mereka dengan keputusan menjadikan badan kehakiman negara sebagai badan bebas.

“Saya sambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini terkait mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Keputusan ini membuktikan rakyat itu berkuasa dan telah membuat satu keputusan untuk memastikan badan kehakiman bebas dan bersihkan negara daripada rasuah,” jelasnya sebentar tadi.

Tambahnya, keputusan rakyat ini jugalah yang membolehkan pendakwaan yang profesional dan ketegasan serta keberanian badan kehakiman membuat keputusan mengikut fakta.

“Ini juga membuktikan badan kehakiman kita bukan mengikut telunjuk politik pihak berkuasa seperti yang kita hadapi selama ini.

“Sekali saya ingin ucapkan penghargaan kepada institusi kehakiman yang tunduk dengan fakta dan hukum bukannya tunduk dengan kuasa politik,” jelasnya.

Terdahulu, Najib kekal dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta oleh Mahkamah Persekutuan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR