fbpx
Lokasi mangsa ditemui di Kampung Merua, Parit semalam.

Bukan dibunuh tetapi diserang binatang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT – Lelaki yang ditemui terbaring berlumuran darah dengan kesan luka dileher di sebuah rumah di Kampung Merua, di sini pagi semalam dipercayai maut akibat serangan haiwan.

Mayat Norzi Jaafar, 58, ditemui berlumuran darah oleh rakan sekampungnya yang menyangka mangsa rebah akibat asma, namun apabila mendekatinya mendapati mangsa kaku serta terdapat kesan luka dileher.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata hasil laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Norzi pada pukul 9.15 pagi tadi mendapati pemeriksaan luaran pada mangsa terdapat kesan luka di bahagian muka kiri dan leher.

Menurut beliau lagi, turut ditemui beberapa helai bulu haiwan di sekeliling luka berkenaan selain luka tersebut berpadanan dengan serangan haiwan seperti anjing dan seumpamanya.

“Pemeriksaan dalaman menunjukkan dua saluran darah jantung simati telah tersumbat dengan keadaan yang teruk. Simati juga mengalami jangkitan Covid-19.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kehilangan darah yang serius disebabkan oleh seeangan haiwan dan jangkitan Covid-19 dan saluran darah tersumbat,” katanya dalam dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azizi berkata, kes diklasifikasikan semula kepada kematian mengejut (SDR).

Semalam media melaporkan mayat seorang lelaki dipercayai di bunuh ditemui rakan sekampungnya dalam keadaan berlumuran darah hadapan sebuah rumah di Kampung Merua. – KOSMO! ONLINE

POPULAR