fbpx

Video wanita seksi bergelek ketika sambutan acara patriotik dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkenaan diperhatikan oleh sebilangan penonton lelaki sehingga ada yang cuba merakam gambar penyanyi itu dari bahagian bawah skirtnya. – Istimewa

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia menerima kecaman ramai kerana memaparkan aksi seorang wanita seksi sedang bergelek di atas sebuah meja ketika acara sambutan Hari Pembentukan Wilayah Riau ke-65, lapor laman berita Detik hari ini.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan berjoget sambil menyanyi dalam acara Kejohanan Golf Gabenor Riau Cup XXX yang merupakan sebahagian daripada majlis sambutan pembentukan wilayah tersebut.

Ketika menyanyi di atas meja, wanita berkenaan diperhatikan oleh sebilangan penonton lelaki sehingga ada yang cuba merakam gambar penyanyi itu dari bahagian bawah skirtnya.

Menurut penganalisis sosial Universiti Riau, M. Rawa El Amady, aksi tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana sambutan seperti itu seharusnya diisi dengan aktiviti bermanfaat.

“Ulang tahun Riau adalah waktu untuk pemerintah wilayah menambah baik diri dan meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Kejadian ini jelas menunjukkan kerosakan moral dalam budaya Melayu,” katanya.

Hari pembentukan wilayah Riau disambut pada 9 Ogos lalu, di mana wilayah itu kini berusia 65 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI