fbpx

Adabi pasarkan dua produk baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Mahadzir (tiga dari kanan) turut membantu kerja membungkus makanan pada program CSR di Kampung Orang Asli Serendah, kelmarin.

RAWANG – Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) memperkenalkan dua produk baharu yang kini sudah berada di pasaran sejak Mac lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Mahadzir Syed Manshor, produk tersebut ialah perencah sambal tumis ikan bilis dan perencah sambal tumis makanan laut.

“Seperti yang telah dirancang untuk tahun 2022-2023, Adabi akan terus mengeluarkan produk baharu yang lebih berkualiti dan menjadi pilihan isi rumah di Malaysia,” katanya pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Adabi di Kampung Orang Asli Serendah, di sini kelmarin.

Program berkenaan melibatkan 30 kakitangan Adabi dan 120 orang rakan korporat.

Menurut Syed Mahadzir, ia diadakan selepas pihaknya mendapati terdapat banyak kemudahan di perkampungan orang asli berkenaan yang memerlukan pembaikan.

“Kami bersama rakan korporat membersih dan memperbaiki bangunan Surau Al-Ikhlas di sini, klinik komuniti dan perpustakaan yang rosak.

“1,000 pek makanan turut disediakan secara rewang oleh peserta menggunakan barang-barang keluaran Adabi iaitu serbuk gulai, asam jawa, perencah nasi goreng, sos tiram dan sup bunjut Adabi, ujarnya.

Tambahnyai, program CSR tersebut akan diteruskan di tempat lain sebagaimana yang kerap dilaksanakan syarikat sebelum pandemik Covid-19 melanda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI