fbpx

Tuanku Zara Salim berkenan rasmi Klinik Kesihatan Bergerak Purple Truck

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Zara Salim (tengah) ketika hadir ke majlis perasmian purple Truck di Padang Ipoh hari ini.

IPOH – Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan Purple Truck atau program Klinik Bergerak Saringan Kesihatan Nasional di Padang Ipoh di sini hari ini.

Purple Truck merupakan inisiatif hasil kerjasama MCIS Life dan National Cancer Society Malaysia (NCSM) yang memberikan saringan kanser secara percuma khususnya untuk warga luar bandar dan pedalaman di seluruh negara.

Klinik kesihatan bergerak itu adalah trak berketinggian lima meter diubah suai sebagai platform untuk menganjurkan bengkel kesedaran dan kesihatan tentang penyakit kanser dan penyakit tidak berjangkit di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Antara program yang akan dijalankan adalah ceramah dan bengkel interaktif yang berteraskan gaya hidup sihat, kesedaran kanser dan penyakit tidak berjangkit, penilaian kesihatan am dan saringan kepada tiga jenis kanser.

Presiden NCSM, Datuk Dr. Saunthari Somasundaram berkata, trak ikonik ini akan menjadi titik tolak untuk lebih ramai rakyat Malaysia peka tentang penyakit kanser dan menerima saringan untuk pengesanan awal.

“Kanser merupakan penyakit yang amat digeruni, namun kesedaran dan pengetahuan orang awam tentang simptom dan tanda-tanda kanser masih lemah.

“Kemudahan rawatan kanser lebih tertumpu di bandar-bandar besar,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian berkenaan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI