fbpx

Putin benarkan IAEA lawat loji nuklear Zaporizhzhia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loji kuasa nuklear Zaporizhzhia, terletak di kawasan kawalan Rusia di Enerhodar, timur Ukraine. - AFP

ODESSA, Ukraine – Presiden Rusia, Vladimir Putin bersetuju membenarkan pemeriksa bebas mengadakan lawatan ke loji nuklear Zaporizhzhia yang dikuasai Moscow, lapor akhbar laman berita Arab News kelmarin.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron selepas mengadakan panggilan telefon bersama Putin.

Menurut pejabat Presiden Perancis, Putin telah mempertimbangkan semula permintaan supaya Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dibenarkan melalui wilayah dikuasai Rusia untuk sampai ke loji nuklear Zaporizhzhia.

Ketua Badan Pemerhati Nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rafael Grossi menyambut baik kenyataan yang menunjukkan bahawa kedua-dua Ukraine dan Rusia menyokong matlamat IAEA untuk menghantar pemeriksa  ke loji tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB,  Antonio Guterres menggesa tentera Moscow yang menduduki Zaporizhzhia supaya tidak memutuskan kemudahan itu daripada grid elektrik yang akan menyebabkan berjuta-juta rakyat Ukraine bergelap.

Pertempuran di sekitar stesen janakuasa nuklear yang dikawal Rusia itu semakin sengit dengan kedua-dua pihak menyalahkan satu sama lain dalam perkembangan yang menimbulkan kebimbangan bencana nuklear yang lebih teruk daripada Chernobyl.

Kremlin berkata bahawa Putin dan Macron bersetuju bahawa IAEA harus menjalankan pemeriksaan secepat mungkin untuk menilai keadaan sebenar di loji Zaporizhzhia.

“Putin juga menegaskan bahawa serangan sistematik oleh tentera Ukraine di wilayah loji nuklear Zaporizhzhia mewujudkan bahaya malapetaka berskala besar,” tambah kenyataan Kremlin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI