fbpx

Melaka cipta rekod kumpul sisa fabrik terbanyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Hajar menyampaikan sijil pengiktirafan Malaysia Book Of Records kepada Zaidi pada majlis kemuncak pengumpulan sisa fabrik di Dataran MBMB, Melaka, semalam.

MELAKA – Melaka berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Book Of Records (MBOR) bagi kategori Pengumpulan Semula Sisa Fabrik Terbanyak Dalam Tempoh 24 Jam dengan berat sisa fabrik 56,546.31 kilogram.

Rekod tersebut diserahkan oleh Perunding Kanan (Rekod) MBOR, Siti Hajar Johor kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan yang mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Menurut Zaidi, aktiviti pengumpulan sisa tersebut telah dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang membuka sebanyak 60 pusat pengumpulan di seluruh negeri ini bermula 10 Ogos lalu.

Jelasnya, pada 19 Ogos kesemua hasil fabrik yang berjaya dikumpulkan telah dibawa ke pusat pengumpulan utama di MBMB dalam tempoh 24 jam bagi mencipta rekod baharu MBOR.

“Pengumpulan ini telah merupakan usaha kerajaan negeri menerusi SWCorp dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan pengiktirafan MBOR melalui pengumpulan sisa fabrik terbanyak di Malaysia.

“Sebanyak 56,546.31 kilogram fabrik berjaya dikumpulkan daripada 60 pusat pengumpulan yang dibuka di seluruh negeri ini, sekali gus kita berjaya mencipta rekod tersebut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kemuncak Hari Kitar Semula Sisa Fabrik 2022 di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, semalam.

Tambahnya, sehingga kini terdapat 12 fasiliti tong kitar semula disediakan di sekitar negeri ini dan jumlah itu akan tingkatkan kepada 38 unit susulan kempen itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

“Life Line Clothing dan Kloth Cares selaku rakan strategik SWCorp juga telah bersetuju untuk membuka sebuah pusat perpindahan sisa fabrik di negeri ini bagi memastikan operasi kutipan sisa fabrik di negeri ini berjalan lancar.

“Menerusi program ini kita juga dapat menyumbang kepada peningkatan kadar kitar semula negara dengan sasaran 40 peratus menjelang tahun 2025,” katanya.

Katanya, di Melaka, hasil kajian Komposisi Sisa 2021 oleh SWCorp di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang mendapati empat peratus daripada keseluruhan sisa pepejal turut disumbangkan oleh sisa fabrik seberat 13,000 kilogram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI