fbpx

Banjir Johor: 29 keluarga terjejas di Kampung Laut Batu 10, Skudai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 29 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Melayu Batu 10, Skudai selepas kediaman mereka ditenggelami banjir sejak semalam.

JOHOR BAHRU – Seramai 86 individu daripada 29 keluarga di daerah ini yang terjejas akibat banjir kilat semalam dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan berkata, seramai 43 individu daripada 12 keluarga yang dipindahkan merupakan penduduk Kampung Laut Batu 10, Skudai.

Katanya, kesemua mereka dipindahkan ke PPS di Dewan Kampung Melayu Batu 10 yang dibuka sejak 7 malam tadi.

“Sementara itu, seramai 43 individu daripada 17 keluarga lagi dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara yang dibuka sejak 8 malam tadi.

“Mereka yang ditempatkan di PPS terbabit merupakan mangsa banjir kilat dari Kampung Pasir, Kampung Kangkar dan Kampung Kenangan di Tebrau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, banjir kilat berlaku berpunca daripada hujan lebat pada pukul 3 petang semalam yang berlarutan melebihi dua jam.

Keadaan tersebut menyebabkan ratusan buah rumah telah dinaiki air dan pelbagai agensi terlibat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri membantu memindahkan mangsa banjir kilat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI