fbpx

UiTM tamatkan badi pingat emas bola jaring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bola jaring UiTM

TANJUNG MALIM – Penantian skuad bola jaring Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk merangkul kemenangan pertama mereka pada temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 tercapai selepas menewaskan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sejak SUKIPT dipertandingkan pada 2012, UiTM sekadar mampu bergelar naib juara sekali gus enggan membiarkan episod duka tersebut berulang.

Justeru, skuad kendalian Addre Shah Naddra Din mempersiapkan barisan pemain terbaiknya sebelum menewaskan juara bertahan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan keputusan 17-15, petang tadi.

Tegas Addre Shah, ini adalah kejayaan paling bermakna buatnya apabila berjaya mengatasi pasukan pilihan seperti UPM meskipun tidak dibarisi pemain kebangsaan dalam pasukannya itu.

“Ini adalah edisi paling bermakna untuk saya kerana sebelum ini kami hanya berjaya menamatkan saingan di tempat kedua saja.

“Alhamdulillah rezeki kami tahun ini. Saya memang percaya dengan barisan pemain walaupun dalam pasukan UiTM kami tidak ada seorang pun pemain kebangsaan,” katanya ketika ditemui sejurus selepas tamat perlawanan.

Jelasnya, antara kunci kejayaan kemenangan pasukannya pada SUKIPT 2022 adalah meletakkan kepercayaan tinggi kepada barisan pemainnya

“Saya letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada 12 pemain yang dibawa. Saya percaya semua pemain boleh berikan terbaik.

“Tiada alasan untuk menyerah meskipun berhadapan dengan pemain kebangsaan. Mereka sentiasa satu hati dan saling percaya satu sama lain. Itulah kunci kemenangan kami hari ini” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI