fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 4 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di empat negeri sehingga pukul 2 petang nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh Putrajaya manakala beberapa kawasan di Perak, Selangor dan Sarawak.

“Di Perak melibatkan kawasan di Kerian, manakala bagi Selangor pula di kawasan Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

“Sementara itu, di Sarawak pula antara kawasan yang terjejas ialah di Kuching (Bau dan Kuching), Serian dan Samarahan (Simunjan),” katanya di sini hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI