fbpx

[KEMASKINI] Treler terjunam: Pemandu miliki 22 saman trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori yang terjunam di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Pemandu treler yang terbabas hingga menyebabkan kenderaan dipandunya terjatuh dari laluan lebuh raya ke Jalan Kuala Kangsar di sini, mempunyai 22 rekod saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, daripada jumlah itu, empat saman membabitkan kesalahan kemalangan.

Katanya, semakan juga mendapati, treler yang terlibat dalam nahas itu mempunyai 41 rekod saman trafik terkumpul.

“Ujian saringan air kencing telah dilakukan ke atas lelaki berusia 50 tahun itu dan mendapati bebas daripada pengaruh dadah.

“Malah, hasil pemeriksaan juga mendapati, lelaki terbabit tidak memandu di bawah pengaruh alkohol ketika kemalangan berlaku,” katanya di sini hari ini.

Keadaan sebuah treler yang terbabas dan terjunam ke bawah jambatan jalan Kuala Kangsar menghala ke Ipoh berhampiran Taman Wing Onn, Ipoh hari ini. Gambar MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Menurut beliau, kemalangan itu menyebabkan pemandu treler cedera ringan manakala tiada kemalangan jiwa membabitkan pengguna jalan raya lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI