fbpx

Kelindan maut lori rempuh treler bawa gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lori dan treler yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan Kilometer 195.3 (arah selatan), pagi tadi.

ALOR GAJAH – Seorang kelindan maut selepas lori yang dia naik merempuh bahagian belakang sebuah treler yang membawa muatan gula di Lebuh Raya Utara-Selatan Kilometer 195.3 (arah selatan), pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi itu, mangsa, Muhamad Yusry Azman, 24, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, sebelum kejadian treler terbabit yang dalam perjalanan dari Alor Setar menghala ke Batu Pahat, Johor mengalami kerosakan pada bahagian enjin dan berhenti di lorong kecemasan.

“Tidak lama kemudian datang lori dinaiki si mati yang dipandu lelaki berusia 24 tahun dan melanggar bahagian belakang kanan treler terbabit.

“Akibat rempuhan itu, si mati disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan, manakala pemandu mengalami luka-luka dan mendapatkan rawatan di zon hijau,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, mayat si mati dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

“Terdapat kesan tayar dan serpihan komponen kenderaan ditemui di tempat kejadian, namun tiada saksi bebas yang melihat kemalangan atau rakaman televisyen litar tertutup.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI