fbpx

Manchester United cuba pikat dua lagi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FELIX menjadi sasaran United, namun tawaran pertama diberikan pasukan itu telah ditolak oleh Atletico. – AFP

LONDON – Manchester United terus berdepan kesulitan untuk mendapatkan pemain baharu apabila percubaan mereka untuk mendapatkan penyerang muda Atletico Madrid, Joao Felix me­nemui kegagalan.

United tampil dengan tawaran pertama bernilai £110 juta (RM592.41 juta) untuk membawa pemain itu ke Old Trafford, namun pantas ditolak oleh Atletico ketika pemain berusia 22 tahun itu memiliki klausa pelepasan sebanyak £295.7 juta (RM1.5 bilion).

Atletico menyatakan bahawa mereka tidak berhasrat untuk melepaskan pemain berkenaan yang masih memiliki baki kontrak sehingga 2026 di Wanda Metropolitano, malah dia dianggap antara pemain penting buat skuad kendalian Diego Simeone.

Felix menyertai Atletico dari Benfica dengan rekod perpindahan kelab bernilai £114 juta (RM613.95 juta) pada musim panas 2019 dan sudah meledak 29 gol dan 18 ­umpanan gol dalam 112 penampilan dalam semua kejohanan.

Bagaimanapun, musim lalu isu kecederaan nyata mengehadkan aksinya apabila sekadar turun dalam 13 perlawanan, tetapi dia mengakui masih terus berminat untuk kekal bersama pasukan itu tanpa memiliki hasrat untuk mencari destinasi baharu.

Ketua pasukan rundingan United, John Murtough yang sedang berada di Madrid ketika ini juga dilaporkan bukan sahaja tiba dengan tawaran untuk Felix, tetapi rakan sepasukannya, Matheus Cunha juga menarik minat kelab England tersebut.

United merancang untuk mendapatkan Cunha terlebih dahulu sebelum memujuk Felix kerana pemain itu sebelum ini mengakui cukup serasi ketika ini bersama bekas pemain Hertha Berlin dari Brazil itu.

Selain itu, Murtough juga mempunyai temu janji di Santiago Bernebeu apabila United dilapor sudah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah bertahan pasukan itu, Casemiro. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI