fbpx

Lelaki bogel keluar dari trak kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki bogel muncul dari kenderaan terbabit. - @mannyfargo/Twitter

LOS ANGELES, California – Seorang pemandu yang terbabit dalam satu kemalangan di Los Angeles mengejutkan orang ramai apabila dia keluar dari kenderaannya tanpa seurat benang, lapor akhbar New York Times kelmarin.

Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan itu berlaku sejurus sebelum pukul 12.30 tengah hari Jumaat minggu lalu di persimpangan Victory Boulevard dan Lester Avenue di Van Nuys, kata polis.

Dalam kejadian itu, bahagian kanan hadapan sebuah trak berwarna biru melanggar bahu jalan.

Rakaman oleh seorang individu yang kebetulan berada di tempat kejadian dan memuat naikknya di laman Twitter menunjukkan seorang lelaki bogel keluar dari trak biru itu melalui pintu bahagian tempat duduk penumpang. 

Dia tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami kecederaan dan sebelah tangannya pula memegang pakaian. Lelaki yang identitinya tidak diketahui  itu kemudian dengan tenang berjalan meninggalkan tempat kejadian sambil mencampakkan pakaian yang dipegang.

Menurut Jabatan Polis Los Angeles, tiada siapa mengalami kecederaan serius dalam kemalangan itu.  – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI