fbpx

Kes SRC: SPRM perlu beri penjelasan kertas siasatan bocor, tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan.

PETALING JAYA – Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan bahawa siasatan kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali telah diselesaikan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut pada 18 Mei lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, satu dokumen yang didakwa merupakan kertas siasatan tersebut dikatakan terbocor dan menjadi tular pada waktu ini.

“Memandangkan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan Datuk Seri Najib untuk memasukkan bukti dokumen, UMNO berpandangan pihak SPRM perlu mengesahkan atau menafikan keabsahan kertas siasatan tersebut yang sudah tular.

“Di samping itu, Pihak Jabatan Peguam Negara juga perlu mengumumkan sekiranya akan ada tindakan lanjut bagi kertas siasatan tersebut memandangkan ianya sudah berada di Jabatan Peguam Negara sejak tiga bulan lalu,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Tambah Ahmad, Integriti institusi yang dihormati perlu dilindungi dan beliau turut berharap SPRM serta Jabatan Peguam Negara akan tampil memberi penjelasan kepada rakyat.

“Integriti institusi yang kita hormati perlu dilindungi, UMNO amat berharap pihak SPRM dan pihak Jabatan Peguam Negara akan menjelaskan kepada rakyat mengenai isu ini dalam masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI