fbpx

Sichuan arah kilang ditutup 6 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan bekerja di barisan pengeluaran mentol jimat tenaga di sebuah kilang lampu di Suining, wilayah Sichuan pada 28 Februari 2017. – AFP

BEIJING – Pihak berkuasa wilayah Sichuan, China mengarahkan semua kilang ditutup selama enam hari bagi mengurangkan masalah kekurangan bekalan tenaga berikutan fenomena gelombang haba yang melanda seluruh negara, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Sichuan merupakan hab utama bagi sektor pembuatan industri semikonduktor dan panel solar. 

Wilayah tersebut juga merupakan hab perlombongan litium di China, sejenis komponen utama bagi pembuatan bateri kereta elektrik. Langkah penutupan kilang akan melonjakkan kos bahan mentah, kata penganalisis.

Sichuan, sebuah wilayah yang mempunyai penduduk seramai 84 juta orang mengarahkan 19 daripada 21 bandar agar menghentikan seketika aktiviti pembuatan di semua kilang dari Isnin lalu hingga Sabtu ini, demikian menurut notis segera yang dikeluarkan pemerintah Ahad lalu.

Keputusan itu dibuat bagi memastikan wilayah tersebut mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi untuk kegunaan penduduk, kata notis berkenaan.

Selain itu, Sichuan adalah sebuah wilayah yang kaya dengan sumber-sumber mineral seperti litium dan polisilikon. Ia merupakan bahan mentah utama yang digunakan dalam industri fotovoltaik solar elektronik.

Banyak syarikat semikonduktor antarabangsa mempunyai kemudahan di wilayah tersebut termasuk Texas Instruments, Intel, Onsemi dan Foxconn. Syarikat gergasi bateri litium China, CATL, yang membekalkan beteri kepada Tesla turut mempunyai kilang di wilayah itu.

Justeru, penutupan operasi kilang-kilang tersebut selama seminggu boleh memberi tekanan kepada bekalan polisilikon dan litium serta mendorong lonjakan harga lebih tinggi, kata penganalisis daripada Daiwa Capital.

Sebilangan syarikat China telah memberi amaran bahawa aktiviti pembuatan mereka boleh terjejas disebabkan sekatan tenaga elektrik, termasuk Sichuan Haowu Electromechanical dan Sichuan Lutianhua. 

Dua syarikat itu masing-masing menghasilkan alat ganti automotif serta baja dan produk kimia.

China mengalami gelombang haba terburuknya dalam tempoh enam dekad, dengan suhu melepasi 40 darjah Celsius di berpuluh-puluh bandar.

Sejak 7 Ogos lalu, gelombang haba di wilayah itu diklasifikasikan sebagai paras paling ekstrem dalam tempoh tersebut, dengan taburan hujan berkurang sebanyak 51 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Haba ekstrem telah menyebabkan lonjakan dalam permintaan penggunaan pendingin hawa di pejabat-pejabat serta rumah-rumah, sekali gus mencetuskan tekanan ke atas grid tenaga.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan kemarau yang menurunkan paras sungai, seterusnya mengurangkan jumlah tenaga elektrik yang dijana oleh loji kuasa hidro. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI