fbpx

Pengguna Islam perlu peka status halal makanan – CAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan pengguna Islam supaya lebih berhati-hati ketika membeli makanan di premis makanan yang diragui status halalnya.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, kuasa membeli adalah di tangan pengguna dan pengguna sendiri perlu mengelak daripada membeli makanan dari premis yang tidak mempamerkan sijil halal yang sah daripada pihak berkuasa.

”Soal makanan sememangnya adalah pilihan pengguna, namun bagi pengguna Islam mereka perlu mencari makanan yang halal kerana apa yang dimakan akan menjadi darah daging.

“Selain itu, pemilik premis makanan juga perlu lebih bertanggungjawab dengan memastikan makanan yang dijual kepada pengguna adalah halal dan bersih,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara yang mengambil bekalan nasi ayam dan nasi itik di kedai peniaga bukan Islam.

JHEAIPP kemudian mengesahkan kedua-dua premis di Sungai Ara dan di Persiaran Gurney itu tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Dalam pada itu, Pengerusi Keilmuan Nasional Pulau Pinang, Azdy Mohd. Arshad berkata, pihak berkuasa agama disaran mencari mekanisma yang terbaik dan pendekatan yang berkesan dalam menangani isu makanan halal supaya mereka yang bersalah tidak terlepas daripada hukuman.

”Pada masa sama, pihak berkuasa agama juga perlu memastikan mereka yang tidak bersalah tidak dibebani dengan syarat ketat atau cadangan baharu yang menyusahkan peniaga daripada pihak kerajaan.

“Kita tidak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana orang lain buat salah, peniaga-peniaga lain turut terkena tempias atau terkesan,” katanya.

Tambahnya, sudah sampai masanya juga kerajaan mengkaji dan memperkemaskan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan pesalah yang melakukan penipuan atas nama agama atau memanipulasi agama dalam perniagaan dikenakan tindakan tegas serta hukuman setimpal. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI