fbpx

Pelajar parah dilanggar Perodua Alza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS kini menjejaki pemandu Perodua Alza berwarna merah selepas disyaki terlibat dalam kemalangan di Jalan Jemaluang, Mersing,

MERSING – Polis Mersing mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza merah bagi membantu siasatan susulan kemalangan jalan raya melibatkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anjung Batu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, kemalangan itu berlaku di Kilometer 3 Jalan Jemaluang – Mersing kira-kira pukul 7.05 petang.

Katanya, mangsa merupakan pelajar tingkatan tiga yang menunggang motosikal telah terjatuh sebelum disyaki dilanggar oleh sebuah kereta berwarna merah dipercayai Perodua Alza.

“Mangsa masih sedarkan diri selepas kejadian itu dan mengalami kecederaan parah di bahagian pinggul patah, lutut kiri pecah dan lain-lain kecederaan.

“Mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru bagi rawatan lanjut. Usaha mencari kenderaan Perodua Alza merah masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Mersing SJN Ariffin Ali di talian 014-5720775 bagi membantu siasatan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI