fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 6 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di enam negeri petang ini.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, cuaca buruk itu meliputi negeri Kedah di daerah Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

“Seterusnya negeri Kelantan di daerah Jeli, diikuti Selangor di daerah Sepang, dan Negeri Sembilan di daerah Seremban serta Port Dickson.

“Kemudian di negeri Melaka, cuaca buruk dijangka berlaku di daerah Jasin dan di Johor pula berlaku di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru” katanya hari ini.

Amaran ribut petir dan hujan lebat tersebut adalah sehingga pukul empat malam ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI