fbpx

BN Johor perlu menang 20 kerusi Parlimen PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD (kanan) ketika hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras BN Johor di Bangunan Perhubungan Negeri Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) meletakkan sasaran 20 kerusi perlu dimenangi BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sasaran itu menjadikan Johor sebagai penyumbang utama BN utama dalam usaha parti untuk menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat yang kukuh.

Beliau berkata, ini adalah tugas yang berat buat Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad untuk memastikan sasaran itu mampu dicapai.

“Kita meletakkan satu sasaran yang tinggi untuk BN Johor dengan menyumbang 20 buah kerusi daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

“Saya belum mula melihat kesiapsiagaan Johor namun saya rasa ringan sedikit kerja selepas BN menang selesa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

“Namun begitu, PRU dan PRN adalah dua perkara yang berbeza kerana setiap Parlimen perlu menjaga kawasan masing-masing, kita perlu siap sedia, jentera mesti mantap dan di tahap paling baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras BN Johor di Bangunan Perhubungan Negeri Johor, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI