fbpx

Anggota polis cedera digigit kaki lalok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG anggota polis cedera pada lengan selepas digigit seorang lelaki dalam kejadian di Bukit Gambar, Tangkak semalam.

TANGKAK – Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera di lengan ketika menjalankan tugas menahan seorang lelaki yang membuat kacau ganggu di sebuah premis pam minyak di Bukit Gambir dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, suspek berusia berusia 33 tahun bertindak demikian sebagai usaha untuk meloloskan diri daripada ditangkap.

Katanya, bagaimanapun usaha lelaki berkenaan sia-sia dan berjaya ditahan dalam masa lima minit selepas berlaku sedikit pergelutan.

“Sebelum itu, pihak polis menerima laporan seorang lelaki membuat kacau ganggu di sebuah premis pam minyak di Bukit Gambir sebelum menghantar sepasukan anggota untuk membuat siasatan.

“Hasil siasatan, benar kejadian berlaku seperti dilaporkan dan anggota bertindak membuat tangkapan keatas lelaki berkenaan,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Fadhil, hasil saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis Methamphetamine dan direman selama tiga hari.

“Kes disiasat mengikut Seksen 332/353 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimun tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI