fbpx

Satu lagi virus berbahaya ditemui di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEGINILAH bentuk virus Langya yang dilihat menerusi mikroskop yang menjangkiti manusia di China.

SATU penemuan virus baharu iaitu Langya henipavirus yang dikatakan berasal dari haiwan yang boleh menjangkiti manusia telah menular di wilayah Shandong dan Henan di China.

Malah virus itu sudah menjangkiti 35 individu di dua wilayah tersebut.

Majoriti pesakit berhadapan dengan gejala demam, batuk, mual dan kepenatan.

Langya adalah penyakit zoonosis iaitu virus yang ditularkan daripada haiwan kepada manusia.

Berdasarkan penyelidikan, kemungkinan virus Langya disebarkan melalui tikus.

Di samping itu, penyelidik turut menguji kambing, anjing, babi dan lembu di daerah asal pesakit dijangkiti dengan virus tersebut.

Mereka juga mengambil sampel jaringan dan urin daripada 25 spesies haiwan liar kecil di situ.

Ia bagi mencari keberadaan zarah asid ribonukleat (RNA) virus Langya yang ditemukan itu.

Ditemui antibodi virus tersebut pada beberapa kambing dan anjing, serta teridentifikasi RNAnya sebanyak 27 peratus daripada 262 sampel tikus yang diuji.

“Ini menunjukkan, tikus menjadi reservoir untuk virus berkenaan, menularkan populasinya.

“Entah bagaimana ia boleh menjangkiti manusia,” kata ahli epidemiologi di Universiti Johns Hopkins, Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat, Emily Gurley.

Walaupun begitu, belum diketahui secara jelas bagaimana jangkitan pertama berlaku, langsung daripada tikus atau haiwan perantara.

Justeru, masih banyak lagi penyelidikan diperlukan untuk mengetahui cara penyebaran virus itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI