fbpx
GERAI nasi ayam dan nasi itik di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini disahkan tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) oleh JHEAIPP.

Premis nasi ayam dan itik tular tiada sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Premis yang menjual nasi ayam dan nasi itik di Sungai Ara serta di sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney disahkan tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Sehubungan itu, Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Mohd. Hanif Omar @ Wahab berkata, pemilik premis berkenaan dinasihatkan untuk memohon SPHM daripada  JHEAIPP.

”Hasil siasatan JHEAIPP pada Isnin lalu mendapati kedai nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang dimiliki seorang lelaki Muslim tidak dibuka.

“Siasatan lanjut mendapati pemiliknya juga turut memiliki restoran nasi ayam dan itik di sebuah pusat membeli belah di Persiaran Gurney. Premis itu dikongsi bersama seorang lelaki bukan Islam.

“Hasil siasatan JHEAIPP bersama Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP mendapati makanan yang dimasak di premis di pusat membeli belah ini turut dibawa untuk dijual di kedainya di Sungai Ara dan kedua-dua premis ini tidak memiliki SPHM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara yang mengambil bekalan nasi ayam dan nasi itik di kedai peniaga bukan Islam.

Dakwaan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna Muslim kerana merasakan peniaga itu telah menipu pelanggan Islam.-KOSMO! ONLINE

POPULAR