fbpx

Liga Super: PJ City, Sarawak United sama kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kredit Foto - PJ City

HASRAT Petaling Jaya City untuk keluar daripada kedudukan kedua tercorot Liga Super tidak terlaksana selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Sarawak United di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Bagaimanapun, skuad kendalian P Maniam wajar menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyempurnakan peluang terhidang, khususnya di separuh masa pertama.

Terdahulu, PJ City memulakan perlawanan dengan aksi lebih baik dan dilihat mendominasi hampir keseluruhan 45 minit pertama sambil tuan rumah lebih tertumpu kepada tugasan bertahan.

Minit ke-55, PJ City sepatutnya sudah mampu memecah kebuntuan sebaliknya lorongan menarik Darren Lok gagal disudahkan dengan lebih sempurna apabila tampanan R Ruventhiran meliar ke arah kanan gawang Sarawak United.

Berbeza dengan apa yang dipamerkan di babak pertama, Sarawak United mula berani melakukan gerakan namun disiplin pemain pertahanan pelawat berjaya menyelamatkan PJ City daripada dibolosi.

Walaupun kedua-dua pasukan terus mengatur gerakan, tiada sebarang jaringan mampu dihasilkan untuk berpuas hati berkongsi satu mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI