fbpx

Lebih RM126.5juta tuntutan Perkeso disalurkan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (tiga kiri) dan Mohd. Sabirin (tengah) ketika menyempurnakan Kotak Prihatin dan Bayaran faedah pengurusan mayat Perkeso kepada Siti Asma, hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

KUALA SELANGOR – Lebih RM126.5juta tuntutan telah disalurkan kepada pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di seluruh negeri ini.

Ketua Cawangan Skuad Prihatin dan Sinergi Perkeso, Ismail Abi Hashim berkata, jumlah itu merangkumi 58,719 kes yang telah disantuni skuad tersebut sepanjang Januari hingga Julai tahun ini.

Katanya, faedah tuntutan paling tinggi disalurkan adalah melibatkan hilang upaya sementara dengan RM58.4juta, hilang upaya kekal bernilai RM50.9juta dan pencen penakat (RM5.98juta).

“Selain itu, saluran tuntutan turut merangkumi faedah pengurusan mayat (FPM) sebanyak RM5.41juta selain pencet ilat (RM4.91juta) dan faedah orang tanggungan (RM759,393.31).

“Kita akan menyelesaikan tuntutan antara tujuh hingga 45 hari mengikut sesuatu kes tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini menyempurnakan penyerahan sumbangan Kotak Prihatin dan Bayaran faedah pengurusan mayat Perkeso kepada Siti Asma Ahmad Izhar,39, yang merupakan balu Allahyarham Khairul Ameer Anor Shamsuddin, 39 di kediamannya di Simfoni Perdana, Puncak Alam di sini.

Khairul Ameer merupakan kakitangan LZS cawangan Gombak meninggal dunia pada 9 Ogos lalu akibat penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Mengulas mengenai pemberian tuntutan kepada Siti Asma, Ismail memberitahu, waris Allahyarham menerima faedah pengurusan mayat berjumlah RM2,000 dan faedah pencen penakat (PKT) berjumlah RM2,289.99 sebulan sepanjang hayatnya.

“Tiga anak lelaki Allahyarham pula yang masing berusia dua hingga 11 tahun menerima PKT sebanyak RM508.89 sebulan.

“Pembayaran kepada tiga kanak-kanak itu akan dilakukan selepas mencapai usia 21 tahun atau masih belajar sehingga menamatkan pengajian ijazah pertama,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI